Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Memperkasa nilai semangat patriotisme

4349ce97-ccb6-4c47-80f5-97ba353414d8.jpg

dae4d042-c09c-4e07-a384-82e0191f0ae9.jpg

Berita dan Foto : Saerah Haji Abd Ghani
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Januari. – Penghayatan dan pemahaman dalam kalangan generasi muda terhadap lagu kebangsaan dan Bendera Negara Brunei Darussalam perlu diterapkan pada diri mereka agar semangat patriotik tidak akan pernah luntur.
 
Sehubungan itu, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi sesi Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera Dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa di sini.
 
Seramai 96 pelajar dari Tahun 7 menghadiri taklimat tersebut yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, selaku Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris.
 
Awang Mohammad Hisyam menjelaskan bahawa bendera merupakan lambang negara dan sejarah bermulanya bendera rasmi Negara Brunei Darussalam adalah pada tahun 1959. Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai bendera rasmi peribadi dan orang-orang yang dikurniakan gelaran serta bendera Jabatan Kerajaan yang berpakaian seragam.
 
Taklimat Kenegaraan itu turut diisikan dengan peranan bendera kepada negara iaitu bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran negara; menanamkan semangat patriotisme dan nasionalisme, mendukung falsafah Melayu Islam Beraja; mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan penduduk serta menyemai cinta kepada bangsa, agama, raja dan negara.
 
"Waktu-waktu menaikkan bendera pula adalah pada hari-hari tertentu seperti Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan atau hari-hari istiadat yang besar yang mana dimulai dengan pengibaran bendera besar dan orang ramai hanya mengibarkan bendera pada hari-hari tertentu yang lazimnya diumumkan melalui Radio dan Televisyen Brunei dan akhbar-akhbar seperti Pelita Brunei," ujarnya.
 
Beliau juga menyentuh mengenai makna lambang panji-panji yang terdapat pada bendera Negara Brunei Darussalam yang mengandungi Bendera dan Payung Ubur-ubur, Sayap, Tangan atau kimhap dan Bulan di mana dalam simbol bulan tersebut terdapat perkataan Bahasa Arab yang bermaksud 'Sentiasa membuat kebajikan dengan Petunjuk Allah'.
 
Taklimat tersebut diteruskan lagi dengan tayangan Video Klip 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara' dan diakhiri dengan sesi kuiz kenegaraan yang ditujukan kepada para pelajar sekolah berkenaan.​
Turut hadir pada sesi taklimat ini ialah Pengetua sekolah berkenaan, Awang Omar Arif bin Abdullah Lasit serta tenaga-tenaga pengajar sekolah tersebut.
 
Program taklimat ini merupakan salah satu usaha yang berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara di samping mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri pelajar dengan menanai semangat cintakan raja, bendera negara dan lagu kebangsaan.
 
Program ini sangat penting kerana ia dapat meningkatkan lagi semangat patriotik serta pelajar-pelajar akan dapat memahami dengan lebih dalam lagi erti bendera negara dan cara-cara pemasangan bendera dengan teknik yang betul, jelas Dayangku Siti Roziana binti Pengiran Sofian, pelajar Tahun 7 ketika ditemui Pelita Brunei.
 
Justeru dengan adanya program taklimat seumpama ini tambahnya, pelajar-pelajar akan dapat memahami akan kepentingan bendera negara, hormat kepada bendera negara dan tidak mensia-siakan bendera negara.
Attachments
Created at 15/01/2020 03:19 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 15/01/2020 03:19 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin