Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
165 penuntut Maktab SOAS hadiri Taklimat Kenegaraan

INFODEPT11_01.jpg

INFODEPT11_04.jpg

INFODEPT11_06.jpg

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Dk. Nurhafilah Pg. Osman
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Januari.  –  Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera Dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien.
 
Acara yang berlangsung di Auditorium maktab tersebut dihadiri oleh seramai 165 orang penuntut Tahun 7 dan tenaga pengajar maktab berkenaan.
 
Antara tujuan program Taklimat Kenegaraan tersebut adalah sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap Raja, agama, bangsa dan negara; mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui cintakan Raja, bendera Negara dan lagu kebangsaan.
 
Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris, selaku Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan.
 
Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.
 
Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.
 
Program tersebut juga memberi peluang para penuntut untuk menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh pengetua kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.
Attachments
Created at 15/01/2020 03:13 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 15/01/2020 03:13 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin