Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semai cinta terhadap raja, negara

‚Äčinfodept13_05.jpg

infodept13_09.jpg

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, di Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri (SM PAP) Hajah Masna, Sungai Akar.
 
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan selaku Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris.
 
Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.
 
Para penuntut turut berpeluang menyaksikan klip video Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara, Semarak Pengibaran Bendera Negara dan Video Animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan, yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.
 
Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Pengetua SM PAP Hajah Masna, Dayang Hajah Norwen binti Haji Ibrahim kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.
 
Hadir pada taklimat tersebut, Pengetua SM PAP Hajah Masna, Dayang Hajah Norwen; dan Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Siti Salmiah binti Awang Abas.
 
Turut hadir, tenaga pengajar dan penuntut-penuntut Tahun 7 dengan keramaian 150 orang sekolah berkenaan.
 
Program Taklimat Kenegaraan ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara; Mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui cintakan raja, bendera negara dan Lagu Kebangsaan.
Attachments
Created at 11/01/2020 08:15 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/01/2020 08:15 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin