Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Program Taklimat Kenegaraan berkunjung ke Sekolah Menengah Rimba I

INFODEPT07_03.jpg

INFODEPT07_06.jpg

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 07 Januari – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera Dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bertempat di Dewan Sekolah Menengah Rimba I.
 
Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Haji Abdul Halim bin Haji Bujang dan Tenaga pengajar serta penuntut-penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan.
 
Seramai 106 penuntut Tahun 7 menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera Dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
 
Antara tujuan Program Taklimat Kenegaraan ini adalah sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap Raja, agama, bangsa dan negara dan mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui cintakan Raja, bendera Negara dan lagu kebangsaan
 
Pengisian program taklimat kenegaraan disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.
 
Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara' dan menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.
 
Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan. 
Attachments
Created at 11/01/2020 08:10 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/01/2020 08:10 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin