Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Program RRP suntik semangat kenegaraan pelajar​

INFODEPT17_RRP3.jpg

INFODEPT17_RRP4.jpg

INFODEPT17_RRP5.jpg

​Berita dan Foto: Aimi Sani
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Januari. - Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) dihasrat untuk mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya mereka peka dengan perkembangan semasa serta menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja.
 
Sehubungan itu, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program RRP ke Sekolah Menengah Katok (SMK), di sini.
 
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengetua SMK, Dayang Penroose Saleha binti Haji Mohd. Salleh.
 
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris selaku Pegawai Penerangan, tenaga pengajar serta 315 pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 sekolah berkenaan.
 
Dalam ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK antara lain menjelaskan, menerusi Program RRP tersebut, para pelajar diharap akan dapat manfaat yang berguna.
 
Di samping itu katanya, program tersebut akan dapat menyuntik semangat kenegaraan dalam kalangan para pelajar.
 
Pada majlis itu, taklimat 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris diikuti dengan tayangan video klip 'Kibarkan Bendera Negara dengan Megah.
 
Acara kemudiannya diserikan dengan persembahan nyanyian solo dari Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Nor Amiruddin bin Haji Brahim serta lawak jenaka dan kuiz kenegaraan oleh Dayang Hajah Kasumawati binti Haji Buntar dan Haji Mohd. Firdaus bin Haji Salleh.
Attachments
Created at 06/01/2020 10:40 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 06/01/2020 10:40 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin