Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semai semangat patriotisme pelajar

‚ÄčSemai semangat patriotisme pelajar (1).JPG

Semai semangat patriotisme pelajar (2).JPG

Berita dan Foto: Hernie Suliana Haji Othman
 
TUTONG, Khamis, 2 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan terus giat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan penuntut-penuntut sekolah untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.
 
Sehubungan itu, murid-murid Sekolah Rendah Bakiau di Mukim Lamunin berpeluang mendengarkan taklimat bertajuk 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, selaku Ketua Penerangan Cawangan Tutong, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin.
 
Seramai 54 murid terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.
 
Antara lain yang disampaikan ialah sejarah awal hidup Raja Kita, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebelum menaiki takhta sehingga sekarang.
 
Selain itu, taklimat juga diisikan dengan asal usul Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan sejarah penciptaan bendera negara, tatacara menaik-kibarkan bendera di rumah-rumah premis perniagaan serta bangunan-bangunan, tayangan klip video dan diakhiri dengan Kuiz Kenegaraan.
 
Penyampaian hadiah kepada 10 peserta kuiz disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Bakiau, Dayang Mariana binti Abdullah Maduan.
Attachments
Created at 04/01/2020 01:54 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 04/01/2020 01:54 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin