Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Salurkan maklumat bermanfaat melalui Program Sua Muka

‚ÄčSalurkan maklumat bermanfaat melalui Program Sua Muka (01).jpg

Oleh : Noraisah Haji Muhammed / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
 
BELAIT, Selasa, 24 Disember. - Program Sua Muka yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait bertujuan untuk membentuk dan menggalakkan kesedaran rakyat serta penduduk untuk melahirkan perubahan sikap yang positif sejajar dengan kepentingan negara.
 
Pagi tadi, rombongan Jabatan Penerangan yang  diketuai oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Yahya  juga selaku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah mengadakan Program Sua Muka atau Personal Contact bagi Kampung Pandan 'B'di kediaman Pemangku Ketua Kampung Pandan 'B', Awang Morney Bin Ahmat,  Mukim Kuala Belait.
 
Hadir pada program tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Pemangku Penghulu Mukim Kuala Belait, yang juga selaku Penghulu Mukim Liang.
 
Program Sua Muka antara lainnya adalah untuk menyediakan saluran bagi proses pertukaran maklumat antara kerajaan dan rakyat dalam membarigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim melalui Akhbar Kerajaan Pelita Brunei.
 
Pada program tersebut, beberapa isu-isu telah dibangkitkan terutama yang berkaitan mengenai penyediaan prasarana, kemudahan, keselamatan, kebersihan dan kebajikan alam sekitar serta kebajikan awam.
 
Antara perkongsian maklumat ialah beberapa petikan-petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai hubungan raja dengan rakyat yang merangkumi mengenai perekonomian, kesejahteraan dan pembangunan hidup rakyat dan negara.
 
Program turut merangkumi taklimat mengenai cara yang betul di dalam menggunakan Bendera Negara dan juga penjagaannya selain menyarankan kepada penduduk dan rakyat di negara ini untuk menaikkan bendera semasa hari-hari kebesaran dengan cara yang betul dan memastikan bendera tersebut tidak koyak, luntur atau pudar warnanya.
 
Selain itu, penduduk Kampung Pandan 'B' juga didedahkan tentang akta berkaitan berita palsu, yang disebarkan dengan cepat, terutama wujudnya pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, WeChat, Facebook, Twitter dan Instagram.
 
Taklimat tersebut disampaikan oleh Dayang Ruhil Amal Faridah.
 
Setakat ini, sebanyak 195 (98 peratus) isu yang dikongsikan pada Program Sua Muka bagi sesi 2017/2018 telah diselesaikan dari 199 isu yang diterima.
 
Penggunaan Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan juga dikongsikan bagi memperkenalkan dan membarigakan Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan 'InfoDeptBN' serta menerangkan tatacara untuk memuat turun aplikasi berkenaan melalui Google Playstore bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.
 
Selain itu, turut dikongsikan ialah tentang  maklumat yang diperolehi seperti e-paper Pelita Brunei, Penerbitan, Waktu Sembahyang, Iklan Jawatan Kosong dan banyak lagi yang disampaikan oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Awang Mohammad Nor Amirudin bin Haji Brahim.
 
Turut hadir, Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Rosidah binti Haji Ismail, ahli-ahli Jawatankuasa MPK Kampung Pandan 'B'.
Attachments
Created at 04/01/2020 09:13 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 04/01/2020 09:13 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin