Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sua Muka dekati Kampung Sinaut

‚ÄčKg Sinaut (01).JPG

Kg Sinaut (03).jpg 

Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
 
TUTONG, Sabtu, 21 Disember. - Jabatan Penerangan meneruskan Program Sua Muka bagi meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan dan rakyat serta rakyat dan kerajaan.
 
Program kali ini diadakan di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, Daerah Tutong.
 
Rombongan Jabatan Penerangan diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.
 
Juga hadir, Pemangku Ketua Kampung Sinaut, Awang Haji Johor bin Haji Kamis dan penduduk kampung berkenaan.
 
Dalam pertemuan tersebut, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini antara lain mengongsikan data isu bagi Program Sua Muka tahun 2017/2018 mencatatkan sebanyak 199 isu yang diterima dari seluruh daerah,dan empat perkara yang belum selesai (di bawah kategori prasarana).
 
Di samping itu, beliau juga menjelaskan mengenai kesalahan pengibaran bendera, akta penyebaran maklumat palsu dan program-program di bawah Unit Perhubungan Masyarakat.
 
Semasa program tersebut, beberapa Isu-isu berkaitan mengenai penyediaan prasarana, kemudahan, keselamatan, kebersihan dan kebajikan alam sekitar serta kebajikan awam turut dibangkitkan.
 
Dalam pada itu, Kampung Sinaut dihuni seramai 1,060 penduduk dan mempunyai keluasan kampung 3.5km persegi.
 
Kampung tersebut tidak ketinggalan mendapat beberapa kemudahan asas daripada pihak kerajaan seperti elektrik, air, telefon, jalan raya, sekolah menengah dan pejabat pos.
 
Program berkenaan merupakan salah satu usaha Jabatan Penerangan untuk membarigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim dan kampung melalui Akhbar Rasmi Kerajaan Pelita Brunei, selain menyampaikan maklumat serta isu-isu semasa dan dasar kerajaan.
 
Selain itu, program juga diharap akan dapat menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan.
Attachments
Created at 24/12/2019 02:44 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 24/12/2019 02:44 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin