Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Kumpulan Belia Masjid kenali Jabatan Penerangan

‚ÄčKumpulan Belia Masjid kenali Jabatan Penerangan (01).jpg

Kumpulan Belia Masjid kenali Jabatan Penerangan (02).jpg

Berita dan Foto : Saerah Haji Abdul Ghani
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Disember. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai 'lidah' dan 'mulut' kerajaan dalam menyalurkan kepelbagaian maklumat dan berita mengenai dasar, aktiviti dan program kerajaan kepada orang ramai.
 
Peranan utama jabatan dalam menyalurkan maklumat dan berita itu mendorong masyarakat agar lebih peka akan hal ehwal kerajaan dan negara.
 
Dalam mendedahkan lagi peranan dan fungsi serta kerja-kerja Jabatan Penerangan, seramai 18 orang dari Kumpulan Belia Masjid, Masjid Pengiran Anak Haji Mohamd Alam, Kampung Sengkarai, Daerah Tutong petang tadi mengadakan lawatan sambil belajar ke jabatan tersebut.
 
Rombongan diketuai oleh Penyelia Kumpulan Belia Masjid, Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Daerah Tutong, Awang Muhamad Padini bin Ta'ai.
 
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Nurakram bin Noraini @ Bahrin bertempat di Auditorium, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan.
 
Taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan fungsi Jabatan Penerangan serta strategi kerja yang ada di jabatan berkenaan.
 
Pada lawatan tersebut, rombongan dibawa melawat ke Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Bilik Persidangan Tingkat 2, Unit Fotografi, Bahagian Pelita Brunei, Pusat Rujukan dan Bahagian Penerbitan dan Seni Grafik.
 
Selain mengadakan lawatan serta menyaksikan pameran di Bahagian Pelita Brunei, para rombongan juga berpeluang menyertai sesi kuiz dan memenangi beberapa hadiah.
 
Sementara itu, Ketua Rombongan semasa ditemu bual menjelaskan, banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh semasa lawatan ke jabatan itu yang sangat berguna bagi belia-belia masjid berkenaan.
 
Melalui lawatan itu jelasnya, mereka lebih mengetahui dan memahami sistem pengurusan kerja yang dijalankan di setiap bahagian di jabatan tersebut.
 
Selain mengadakan lawatan ke jabatan ini katanya lagi, mereka juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah, Pusat Da'wah Islamiah dan sebagainya bagi mengisi aktiviti kumpulan masjid berkenaan dalam menimba sebanyak mungkin pengetahuan mengenai hal ehwal kerajaan dan negara.
Attachments
Created at 16/12/2019 09:50 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 16/12/2019 09:50 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin