Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sua Muka jelajah Rumah Panjang Mendaram Besar

‚ÄčSua Muka jelajah Rumah Panjang Mendaram Besar (01).jpg

Sua Muka jelajah Rumah Panjang Mendaram Besar (02).jpg

Oleh : Noraisah Haji Muhammed / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
 
BELAIT, Selasa, 10 Disember. - Rumah Panjang Mendaram Besar mempunyai 12 buah bilik yang dihuni seramai 52 orang penduduk dari 11 buah kelamin yang dipimpin oleh Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar, Awang Berandi anak Jamau.
 
Sehubungan itu, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait telah mengadakan Program Sua Muka yang juga dikenali sebagai Program Personal Contact di Rumah Panjang Mendaram Besar, Mukim Labi, Daerah Belait.
 
Hadir pada program tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi.
 
Rombongan dari Jabatan Penerangan itu diketuai oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan juga selaku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Yahya.
 
Program bertujuan untuk membentuk dan menggalakkan kesedaran rakyat serta penduduk untuk melahirkan perubahan sikap yang positif sejajar dengan kepentingan negara.
 
Selain itu, ia juga menyediakan saluran bagi proses pertukaran maklumat antara kerajaan dan rakyat dalam membarigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim melalui Akhbar Kerajaan Pelita Brunei.
 
Pada program tersebut, beberapa isu-isu telah dibangkitkan terutama yang berkaitan mengenai penyediaan prasarana, kemudahan, keselamatan, kebersihan dan kebajikan alam sekitar serta kebajikan awam.
 
Antara perkongsian maklumat ialah beberapa petikan-petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai hubungan raja dengan rakyat yang merangkumi mengenai perekonomian, kesejahteraan dan pembangunan hidup rakyat dan negara.
 
Program turut merangkumi taklimat mengenai pemakaian dan penjagaan Bendera Negara di mana penduduk dan rakyat di negara ini disarankan untuk menaikkan bendera semasa hari-hari kebesaran dengan cara yang betul dan memastikan bendera tersebut tidak koyak, luntur atau pudar warnanya.
 
Selain itu, penduduk Rumah Panjang Mendaram juga didedahkan Akta berkaitan berita palsu, yang disebarkan dengan cepat, terutama wujudnya pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, WeChat, Facebook, Twitter dan Instagram.
 
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan juga selaku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Ruhil Amal Faridah.
 
Setakat ini, sebanyak 195 (98 peratus) isu yang dikongsikan pada Program Sua Muka bagi sesi 2017/2018 telah diselesaikan dari 199 isu yang diterima.
 
Turut hadir, Pemangku Pegawai Penerangan Kanan juga selaku Ketua Seksyen Kandungan Khas, Bahagian Pelita Brunei, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya; Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Awang Adi Zamhari bin Awang Haji Yahya; Ketua Biro Wanita Rumah Panjang Mendaram Besar dan Ketua Biro Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Labi II.

Attachments
Created at 16/12/2019 09:49 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 16/12/2019 09:49 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin