Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Hormati lambang perpaduan Negara

Hormati lambang perpaduan Negara.JPG

Hormati lambang perpaduan Negara 2.JPG

Berita dan Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor/Morshidi
 
MERAGANG, Rabu, 4 Disember - Dalam usaha berterusan untuk menyemai semangat patriotisme dan mengukuhkan jati diri, Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah menyampaikan Taklimat Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi peserta-peserta Program Masyarakat Bermaklumat bagi Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Meragang, Mukim Serasa yang diadakan bertempat di Pusat Tingkatan Enam Meragang, disini.
 
Taklimat yang menyentuh reka bentuk awal bendera negara, perkembangan bendera hingga ke hari ini dan diikuti dengan tatacara menaikan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' merupakan antara perkara-perkara yang disampaikan semasa taklimat oleh Pegawai Penerangan, Awang Mohd Hisyam bin Haji Idris selaku Ketua Unit Kenegaraan.
 
Semasa menyampaikan taklimat beliau turut menasihatkan para peserta program untuk sentiasa menghormati akan lambang perpaduan negara tersebut dan sama-sama mengibarkan bendera negara dengan semangat patriotisma pada waktu-waktu yang telah diisytiharkan seperti semasa acara-acara kenegaraan seperti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Hari Kebangsaan dan hari-hari yang diisytiharkan dari masa ke semasa melalui televisyen dan corong-corong radio serta akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei.
 
Sementara itu pada sesi yang berasingan satu taklimat mengenai Peranan Darussalam Enterprise (DARe) dalam membangun Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Public Outreach DARe, Dayang Nur 'Iffat Nazurah binti Abdul Razak.
 
Pada taklimat tersebut beliau mengongsikan inisiatif dan program bantuan PMKS berupa promosi, akses pembiaan, ruang perniagaan, latihan dan perkembangan, perkhidmatan sokongan dan akses pasaran kepada para peserta. 
 
Menurut Dayang Nur 'Iffat Nazurah lagi sehingga kini sebanyak 6047 perusahan aktif beroperasi di negara ini meliputi 36 peratus perusahaan mikro, 43 peratus perusahaan kecil, 18 peratus perusahaan sederhana dan 3 peratus perusahan besar.
 
Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Meragang, Mukim Serasa, Awang Mohammad Hadi Muslim bin Abdullah.​
Attachments
Created at 11/12/2019 02:42 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:42 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin