Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PMB tinjau RGC dan RZ Prisma Enterprise

‚ÄčPMB tinjau RGC dan RZ Prisma Enterprise.jpg

PMB tinjau RGC dan RZ Prisma Enterprise 2.jpg 

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
 
MUKIM SENGKURONG, Rabu, 4 Disember. - Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Meragang, Mukim Serasa meneruskan siri lawatan mereka ke Rimba Garden Central (RGC) dan RZ Prisma Enterprise, petang tadi.
 
Terdahulu, ketibaan rombongan seramai 34 peserta ke RGC dialu-alukan oleh Awang Jamalludin bin Haji Yusoff selaku Penyelaras Projek Syarikat K.N. Nursery (B) Sdn. Bhd.
 
Awang Jamalludin bin Haji Yusoff dalam taklimat ringkasnya menjelaskan serba sedikit mengenai latar belakang dan perkembangan syarikat berkenaan yang terkenal dengan perusahaan menjual tanaman bunga dan pokok; pelbagai hiasan rumah dan taman dan lain-lain.
 
RGC merupakan pusat hortikultur terbesar di negara ini yang dilengkapi dengan tanaman dan infrastruktur yang luas bagi memberikan para pengunjung satu pengalaman membeli-belah di dalam taman secara lebih komprehensif.
 
Para peserta juga diberi penerangan cara-cara memelihara, menghiasi bunga agar sentiasa kelihatan elok, cantik dan segar serta subur.
 
Di samping itu, para peserta juga turut dibawa melawat ke sekitar perusahaan dan taman berkenaan yang dihiasi indah dengan pelbagai jenis bunga seperti bunga mawar dan dahlia serta pelbagai jenis pokok seperti Fig Brown Turkey dan Red Neck Palm.
 
Sejurus itu, rombongan peserta PMB meneruskan lawatan mereka ke RZ Prisma Enterprise yang terletak di Kampung Kilanas.
 
Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Pengurus Am perusahaan berkenaan, Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri indera Pengiran Haji Ismail dengan dibantu oleh Pegawai Pemasarannya, Dayang Waida Khairah Munawwarah binti Haji Abdul Wahab.
 
Pada sesi lawatan itu, Pengurus Am perusahaan tersebut menyampaikan taklimat mengenai peranan dan hasil jenis tanaman serta mengongsikan pengalaman dalam mengusahakan ladang berkenaan di samping menerangkan mengenai cara-cara membaja, bertanam dan sebagainya.
 
Para peserta juga berpeluang meninjau lebih dekat rumah terlindung (Green House) yang menempatkan tanaman pelbagai jenis sayuran antaranya Green Oak, Red Coral, Frillice Iceberg, Butterhead dan Cos Romaine.
 
Menurut Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman, sayur-sayuran yang dihasilkan oleh perusahaannya juga turut dipasarkan di 10 buah pasar raya di negara ini antaranya Supa Save, Hua Ho, Leong Wei dan Soon Lee.
 
Pada masa ini, syarikat tersebut juga sedang mengusahakan tanaman sayur asparagus yang mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk dituai, yang dihasrat akan dapat dieksport bagi pasaran luar negara suatu hari nanti.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:40 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:40 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin