Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PMB kenali jenayah siber, industri tanaman

‚ÄčPMB kenali jenayah siber.jpg

PMB kenali jenayah siber 2.jpg

Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin
 
MUKIM SERASA, Rabu, 4 Disember. - Lebih 30 orang penduduk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Meragang menghadiri taklimat mengenai Jenayah Siber dan Industri Tanaman pagi tadi di Pusat Tingkatan Enam Meragang, di sini.
 
Taklimat tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti Program Masyarakat Bermaklumat bagi kampung berkenaan yang dikendalikan Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan.
 
Taklimat Jenayah Siber disampaikan oleh Pegawai Pemasaran dan Kesedaran, Syarikat IT Protective Security Services Sendirian Berhad (ITPSS), Dayang Siti Nor Izuana binti Ayob.
 
Beliau antara lain menjelaskan mengenai kepentingan pemasangan aplikasi anti virus bagi mengelakkan berlakunya pencemaran perisian 'malware' yang boleh merosakkan komputer dan telefon bimbit.
 
Selain itu, beliau juga menerangkan mengenai pencemaran perisian 'spyware' dan 'adware' yang merujuk kepada perisian yang direka untuk mencuri butir peribadi pengguna komputer dan telefon bimbit.
 
Diikuti dengan taklimat daripada Juruekopertanian, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dayang Siti Sundussiah binti Haji Abdullah Sani yang bertajuk 'Industri Tanaman'.
 
Beliau mengongsikan mengenai peluang-peluang perniagaan di dalam sektor pertanian antaranya bagi pembekalan semaian dan biji benih; perkhidmatan mesin pembajak serta penuaian; dan bagi menyediakan perkhidmatan modal perniagaan.
 
Beliau juga memberitahu mengenai cadangan tanaman yang dapat diusahakan oleh para peserta termasuk sayur kailan, sawi, tomato, lada, timun, kacang panjang, kunyit, tebu, jagung dan halia.
 
Hadir pada taklimat tersebut, Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Meragang, Awang Mohammad Hadi Muslim bin Abdullah.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:38 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:38 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin