Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rombongan Program Syababul Watan dekati Jabatan Penerangan

‚ÄčRombongan Program Syababul Watan dekati Jabatan Penerangan.jpg

Rombongan Program Syababul Watan dekati Jabatan Penerangan 2.jpg

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Disember. - Seramai 10 jurulatih dan pengawas serta 40 peserta berumur 10 hingga 17 tahun yang menyertai Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) bagi anak-anak warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.
 
Ketibaan rombongan yang diketuai Pegawai Latihan Agama, Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT), Leftenan (U) Haji Muhamad Syasuandi bin Haji Abu Bakar dialu-alukan oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. 
 
Sejurus itu, rombongan dibawa ke Bilik Persidangan, Aras II, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan bagi mendengar taklimat ringkas mengenai peranan dan fungsi Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Nurakram bin Noraini @ Bahrin.
 
Sementara itu, Pegawai Luar Penerangan, Awang Haji Abdul Hanif bin Haji Abd. Rahim, menyampaikan penerangan mengenai Pelita Brunei, manakala penerangan mengenai pameran-pameran yang terdapat di bahagian Pelita Brunei disampaikan oleh Penolong Penyunting Tingkat II, Dayang Norliah binti Md. Zain. Turut diadakan semasa lawatan tersebut ialah sesi kuiz.
 
Tujuan lawatan ialah untuk memberikan pengetahuan mengenai peranan, fungsi dan mekanisme Jabatan Penerangan dalam membarigakan maklumat dan mengetahui impak informasi dan media sosial pada masa ini, di samping untuk memberi pendedahan mengenai dasar dan maksud kerajaan agar peserta dapat memahami, menyokong kepimpinan raja dan jentera negara dan pengetahuan mengenai sistem pengurusan kerja dalam penerbitan Pelita Brunei.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:36 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:36 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin