Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PMB platform tingkat pengetahuan peserta

‚ÄčPMB platform tingkat pengetahuan peserta.jpg

PMB platform tingkat pengetahuan peserta 2.jpg

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Disember.- Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN) dan Kingston Beverage & Creamery Sendirian Berhad hari ini menerima lawatan daripada peserta Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Kiudang.
 
Turut hadir dan menyertai lawatan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, selaku Penasihat Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kampung Kiudang bersama 50 peserta yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Kiudang, Awang Haji Saifulbahri bin Haji Umarali. 
 
Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke JAIN, yang mana para peserta diperdengarkan taklimat ringkas bertajuk 'Terasul dan Bahasa Pengganti Diri (Bahasa Dalam)' yang disampaikan oleh Pegawai Adat Istiadat, JAIN, Awangku Mohd. Noor Hamaddi bin Pengiran Ahmad.
 
Turut hadir pada lawatan tersebut yang berlangsung di JAIN ialah Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Dato Paduka Awang Razali bin Haji Badar.
 
Lawatan diteruskan ke Bangunan Lapau yang diisikan dengan taklimat daripada Pegawai Penyelidik, Awang Mohd. Zaim bin Mahmud mengenai sejarah terbinanya Bangunan Lapau dan peristiwa-peristiwa penting seperti peristiwa kegemilangan bagi Adat Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 5 Oktober 1967 dan Adat Istiadat Pembukaan dan Penutupan Gendang Jaga-Jaga.
 
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.
 
Para peserta kemudiannya dibawa melawat ke Kingston Beverage & Creamery Sendirian Berhad.
 
Lawatan ke Kingston Beverage & Creamery Sendirian Berhad pula dimulakan dengan taklimat mengenai 'Peranan dan Fungsi Syarikat' yang disampaikan oleh Quality Control Kingston Beverages, Gina B. Hermosura.
 
PMB antara lain bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti melalui taklimat-taklimat juga lawatan-lawatan dengan harapan untuk mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama mendukung aspirasi negara.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:34 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:34 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin