Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PMB lawat dua syarikat tempatan

PMB lawat dua syarikat tempatan.jpg

PMB lawat dua syarikat tempatan 2.jpg

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Disember. - Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Kiudang untuk hari kedua pada sebelah petang diteruskan lagi dengan lawatan kedua buah syarikat tempatan, iaitu Syarikat Perniagaan Malar Setia (SPMS) dan Ladang Syarikat Tunas Harapan Agricultural Farm Sendirian Berhad.
 
Turut hadir dan menyertai lawatan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, selaku Penasihat Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kampung Kiudang bersama 50 peserta yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Kiudang, Awang Haji Saifulbahri bin Haji Umarali.
 
Semasa lawatan ke SPMS, Pengarah Urusan syarikat berkenaan, iaitu Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Metasim memberikan taklimat ringkas mengenai dengan latar belakang syarikat tersebut di mana dahulunya dikenali dengan Heng Ngee Trading Company. 
 
Ditubuhkan pada tahun 1987, syarikat tersebut memperoleh pelbagai jenis produk makanan berkualiti tinggi dari rangkaian pengeluar luar biasa yang mengagumkan di seluruh dunia, untuk rantaian pasar raya terkemuka dan bebas di seluruh negara.
 
Dengan gabungan kualiti produk, perkhidmatan tepat pada masanya dan harga yang berpatutan, SPMS secara konsisten memastikan kepuasan pelanggan.
 
Ia menghasilkan produk-produk antarabangsa dan tempatan dan menguruskan pengedaran, jualan dan dagangan nasional pelbagai produk makanan kering dan beku serta bahan bukan makanan yang memenuhi rasa dan tuntutan masyarakat Brunei.
 
Pelanggan SPMS setakat ini adalah lebih daripada 800 pengedar di Negara Brunei Darussalam seperti Supermarket; Mini Mart; Restauran / Kafe / Hotel; Farmasi dan Petrol Mart.
 
Seterusnya rombongan membuat lawatan ke Ladang Syarikat Tunas Harapan Agricultural Farm Sendirian Berhad di Kampung Parit Masin. 
 
Semasa lawatan tersebut, rombongan diperdengarkan taklimat mengenai Syarikat Tunas Harapan yang disampaikan oleh Supervisor syarikat berkenaan, Andi Setiawan.
 
Antara isi taklimat ialah mengenai salah sebuah tapak yang dilawati ialah Ladang Syarikat Tunas Harapan Agricultural Farm Sdn. Bhd. yang terletak di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sibongkok, Kampung Parit Masin yang mengamalkan sistem 'greenhouse' dan sistem pengairan Titis atau Irigasi titis.
 
Rombongan menerima penerangan mengenai jenis tanaman yang ditanam seperti sayur daun, sayur buah dan buah-buahan tidak bermusim antaranya buah Tin, buah Naga, buah Ciku, buah Belimbing dan buah Jambu Batu.
 
Selain itu, mereka turut mendengarkan penerangan mengenai hasil tanaman seperti pelbagai jenis sayur, cara penanaman yang betul dan latar belakang berkembangnya perusahaan tersebut.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:32 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:32 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin