Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PMB terima lebih 30 penyertaan dari RPN Meragang

‚ÄčPMB terima lebih 30 penyertaan dari RPN Meragang.jpg

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohd. Zul-Izzi Duraman
 
MERAGANG, Selasa, 3 Disember. - Seramai 34 peserta Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Meragang, Mukim Serasa menyertai Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) selama dua hari yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan. Program berlangsung di Pusat Tingkatan Enam Meragang, di sini.
 
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku Pemangku Penghulu Mukim Serasa.
 
Turut hadir, Pemangku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Muhd. Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir.
 
Pemangku Pegawai Penerangan, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar, selaku Pemangku Ketua Unit Hubungan Masyarakat dalam ucapan alu-aluannya selaku Pengerusi Majlis berkata, Jabatan Penerangan begitu berharap agar pelaksanaan PMB ini akan disambut dengan baik dan dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan sebagai langkah bagi mewujudkan para peserta bermaklumat dan berilmu agar dapat sama-sama menanai hasrat kerajaan dalam mendukung pelaksanaan Wawasan Brunei 2035, iaitu ke arah menjadi rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; seterusnya memiliki kehidupan yang berkualiti tinggi dan mencapai ke arah ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
 
Program diteruskan dengan taklimat dari Jabatan Adat Istiadat Negara mengenai Terasul dan Bahasa Pengganti Diri (Bahasa Dalam) yang disampaikan oleh Pegawai Adat Istiadat, Jabatan Adat Istiadat Negara, Awangku Mohd Noor Hamaddi bin Pengiran Ahmad yang antara lain menyentuh mengenai Terasul di mana ia diletakkan pada pangkal nama, sebagai memuliakan dan memberikan penghormatan kepada seseorang.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:22 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:22 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin