Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PMB pelajari industri pertanian, agrimakanan

‚ÄčPMB pelajari industri pertanian.JPG

PMB pelajari industri pertanian 2.JPG 

Berita dan Foto : Hernie Suliana binti Haji Othman
 
KIUDANG, Selasa, 3 Disember. - Misi dan visi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan adalah untuk meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian, penternakan dan agrimakanan secara berterusan setiap tahun sehingga dapat menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport dan seterusnya kepelbagaian ekonomi.
 
Sehubungan itu, jabatan tersebut mengongsikan beberapa statistik pengeluaran bagi industri ternakan di negara ini dan perkara yang perlu dalam bidang pemeliharaan ternakan pada Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Kiudang yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Birau.
 
Taklimat Industri Ternakan di Negara Brunei Darussalam pula disampaikan oleh Pembantu Pertanian Kanan, Dayang Sunyi binti Terumpak antara lain mengongsikan cara memelihara dan mengusahakan ternakan, di samping menyentuh mengenai pemprosesan makanan dari ternakan seperti makanan berproses dan dalam tin seperti nuget dan sosej, peluang eksport, dan baja organik.
 
Manakala, Taklimat 'Peluang-Peluang Perniagaan dalam Sektor Pertanian' pula disampaikan oleh Pegawai Pertanian, Awang Mohamad Faa'id bin Haji Mohamad Kasim terutama dalam industri sayur-sayuran, buah-buahan dan juga florikultur.
 
Menurutnya terdapat beberapa peluang perniagaan penghasilan produk tambah nilai berasaskan tanaman yang boleh dimajukan antaranya pembuatan sos dan perisa, produk 'freeze-dried', jus dan snek.
 
Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab di antara peserta program dan pegawai-pegawai pertanian yang hadir.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:19 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:19 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin