Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PMB dedahkan pelbagai maklumat, undang-undang

‚ÄčPMB dedahkan pelbagai maklumat.jpg

 

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin  
 
TUTONG, Selasa, 3 Disember. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan menerusi Sesi Taklimat Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Kiudang, Mukim Kiudang diteruskan lagi pada sesi sebelah petang di Pusat Kemasyarakatan Kampung Birau, di sini. 
 
Hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung selaku Penasihat MPK Kampung Kiudang.
 
Taklimat bertajuk 'Menjaga Anak-anak Awda Selamat Dalam Talian (Keeping Your Children Safe Online)', disampaikan oleh Penganalisa Sekuriti (Security Analyst), Syarikat IT Protective Security Services Sdn. Bhd. (ITPSS), Dayang Siti Khadijah binti Haji Ismail.
 
Dayang Siti Khadijah dalam taklimatnya menjelaskan mengenai ancaman siber, tips pengguna bijak dalam penggunaan teknologi, termasuk panduan ibu bapa dalam mengawasi penggunaan IT dalam kalangan anak-anak.
 
Manakala taklimat kedua, disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, JobCentre Brunei, Dayang Nurhayati binti Haji Zaini, bertajuk 'Isu Pengangguran dan Memilih Pekerjaan', antara lain menjelaskan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan seperti 'online platform', 'job marketing', Bimbingan Kerjaya; Sesi Temu Duga; Latihan dan Kursus; juga Jerayawara.
 
Beliau seterusnya menjelaskan JobCentre Brunei merupakan  'One-Stop Career Centre' bagi para pencari kerja tempatan dan majikan di sektor swasta dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan pekerjaan juga latihan berkaitan untuk pencari kerja dan pekerja tempatan juga perniagaan.
 
JobCentre Brunei merupakan landasan kepada para pencari kerja untuk memohon jawatan kosong yang ada dengan mengakses perkhidmatan disediakan untuk meningkatkan 'employability' dan 'marketability', selain berperanan sebagai fasilitator untuk membantu majikan dalam mengambil tenaga pekerja tempatan.
 
Sementara itu, Awang Haji Zuneidy bin Jumat daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama menyampaikan Taklimat, bertajuk 'Penyelewengan Aqidah'.
 
Awang Haji Zuneidy dalam taklimatnya menjelaskan, ancaman itu datang daripada pelbagai sudut, termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baharu yang menyimpang, amalan-amalan khurafat, keganasan yang terkeluar dari erti jihad dan sebagainya.
 
"Sebahagian daripada kumpulan ajaran tersebut telah diambil tindakan dan diputuskan haram oleh pihak kerajaan dan ada juga hanya setakat fatwa.
 
Terdapat juga ajaran-ajaran sesat yang dibawa oleh individu-individu tertentu, di mana sebahagiannya dihadapkan ke mahkamah dan sebahagian yang lain pula diambil tindakan secara pentadbiran oleh pihak yang berwajib, sama ada dengan cara menasihati mereka atau mengharamkan pelakunya memasuki negara ini jika berasal dari luar negara," jelas beliau lagi.
 
Program PMB, antara lain bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan juga usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti melalui taklimat-taklimat dan lawatan-lawatan, selain dapat mengukuhkan jati diri juga menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara.
 
Attachments
Created at 11/12/2019 02:18 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:18 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin