Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Mengenali kefahaman ajaran sesat, peraturan dalam persatuan

Mengenali kefahaman ajaran sesat.jpg

Mengenali kefahaman ajaran sesat 2.jpg

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Azmah Haji Ahad
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Disember. - Islam dalam konteks Negara Brunei Darussalam dari segi kepercayaan dan pengamalan adalah berasaskan Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah mengikut pendekatan al-Asya'irah dan al-Maturidiyyah dalam bidang Usuluddin dan Mazhab Imam Al-Shafi'e dalam bidang Syari'ah.
 
Pegawai Ugama, Bahagian Penguatkuasa Agama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayangku Norleilawati binti Pengiran Haji Md Salleh menjelaskan, sungguhpun fahaman Ahli Sunnah Waljamaah bertapak dengan kukuh di Negara Brunei Darussalam, namun negara ini tidak pernah sunyi dari cabaran dan ancaman terhadap kelestarian Ahli Sunnah Waljamaah. 
 
"Ancaman ini datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baharu yang ekstrem, amalan-amalan khurafat dan sebagainya," ujarnya semasa menyampaikan taklimat 'Kefahaman Ajaran Sesat' bagi Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang berlangsung di Bilik Taklimat, Pusat Tingkatan Enam Meragang.
 
Beliau juga mengongsikan antara ciri-ciri ajaran sesat, iaitu mencemarkan kesucian Al-Quran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis; mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam dan sebagainya.
 
Sesi taklimat PMB bagi Kampung Rancangan Perumahan Negara Meragang Mukim Serasa itu diteruskan dengan penerangan mengenai Undang-Undang dan Peraturan dalam Persatuan yang disampaikan oleh Pegawai Pendaftaran, Bahagian Pendaftaran Pertubuhan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Dayang Norazlina binti Haji Ahmad. 
 
Dalam taklimatnya antara lain menyentuh mengenai penerangan Bahagian Pendaftaran Pertubuhan atau Registry of Societies ringkasnya RoS merupakan sebuah unit yang mengendalikan dan menguruskan pendaftaran semua pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan-Pertubuhan, (Penggal 203) di Negara Brunei Darussalam.
 ​
Beliau juga mengongsikan visi bahagian tersebut untuk menjadi sebuah pejabat pengurusan pertubuhan-pertubuhan berdaftar profesional sejajar dengan visi PPDB, iaitu 'Bersama Ke Arah Keamanan Dan Keselamatan Yang Berkekalan'.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:16 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:16 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin