Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
50 warga Kampung Kiudang sertai PMB

50 warga Kampung Kiudang sertai PMB.JPG

​Berita dan Foto : Hernie Suliana binti Haji Othman
 
KIUDANG, Selasa, 3 Disember. - Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) merupakan landasan bagi Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan melalui sesi taklimat, dialog dan lawatan, agar masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi dapat memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara terutamanya dalam mencapai Wawasan 2035.
 
PMB memberikan fokus kepada dua tema, iaitu 'Keusahawanan' dan 'Keutuhan Masyarakat' di mana penglibatan masyarakat terutamanya golongan belia di dalam memajukan ekonomi negara di bidang keusahawanan memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan ekonomi negara agar mampu berdaya saing bagi menjamin kehidupan sosial yang lebih baik dan ekonomi yang mampan.
 
Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Sellahhuddin selaku Pengerusi Majlis ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Kiudang.
 
Majlis berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Birau, di sini.
 
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai dan Pemangku Penghulu Mukim Ukong.
 
Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
 
Seramai 50 peserta dari Kampung Kiudang menyertai program tersebut yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Kiudang, Awang Haji Saiful Bahri bin Haji Umarali.
 
Peserta PMB juga berkesempatan menerima beberapa pencerahan mengenai program peningkatan keupayaan keusahawanan bagi membangun Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang disampaikan oleh Darussalam Enterprise (DARe).
 
Menerusi taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai DARe, Dayang Nur Iffat Nazurah binti Abdul Razak antara lain menyentuh mengenai inisiatif dan program bantuan PMKS, akses pembiayaan, penyediaan ruang perniagaan, latihan dan perkembangan, akses pasaran, perkhidmatan sokongan dan juga promosi.
 
Menurutnya, DARe juga menyediakan program pembangunan keupayaan dengan kerjasama 'stakeholders' dan 'facilitators' untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan dan kapasiti PMKS termasuk akses kepada kewangan dengan mengendalikan 'industry business academy', 'accelerated bootcamp' dan 'micro business bootcamp', di samping terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan prasarana yang berkualiti bagi mendukung pembangunan perusahaan tempatan.
Attachments
Created at 11/12/2019 02:14 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/12/2019 02:14 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin