Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Program AAK tingkatkan kesedaran akan keselamatan anak-anak

‚Äč1.jpg

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
 
TUTONG, Selasa, 26 November. - Program Awasi Anak Kitani (AAK) diadakan sebagai usaha untuk menambah dan meningkatkan lagi kesedaran ibu bapa mengenai keselamatan dan mengawal anak masing-masing daripada penyalahgunaan dadah juga isu-isu dalam negara. 
 
Program AAK yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks Kemasyarakatan Pekan Tutong, di sini, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan (JP) melalui Jawatankuasa program berkenaan bagi Mukim Pekan Tutong dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN); Biro Kawalan Narkotik (BKN); dan Syarikat IT Protective Security Services (ITPSS) Sendirian Berhad.
 
Hadir selaku tetamu kehormat bagi program tersebut, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.
 
Ia juga diisikan dengan Taklimat dari JKDN mengenai tugas dan tanggungjawab jabatan berkenaan, termasuk isu-isu keselamatan dalam negara di bawah pantauannya. 
 
Taklimat kedua, disampaikan oleh Security Analyst, Syarikat ITPSS Sendirian Berhad, Dayang Ida Frida binti Abu mengenai penjagaan anak-anak daripada ancaman dan jenayah siber, selain mengongsikan mengenai tip pengguna bijak dalam penggunaan teknologi, termasuk panduan ibu bapa dalam mengawasi penggunaan IT dalam kalangan anak-anak.
 
Manakala Taklimat ketiga berkaitan Pendidikan dan Pencegahan Dadah, disampaikan oleh Penolong Pegawai Narkotik, BKN, Pengiran Mohd. Nuh bin Pengiran Mohammad, antara lain mengenai keburukan dadah, di mana gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius.
 
Program tersebut turut diisikan dengan pameran mengenai Mobile App JP dan pameran-pameran daripada pihak BKN juga JKDN, di samping penjualan buku-buku terbitan JP.
Attachments
Created at 27/11/2019 03:58 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 27/11/2019 03:58 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin