Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JP barigakan kefahaman, kesedaran penggunaan 'banner', bendera negara

INFODEPT06-06.jpg

INFODEPT06-08.jpg

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 November. – Jabatan Penerangan (JP) melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan terus berusaha dalam membarigakan juga meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran awam mengenai penggunaan 'banner', bendera negara dan bahan-bahan yang mempunyai kepentingan nasional ke arah menjaga kehormatan negara.
 
Sehubungan itu, JP meneruskan lagi siri Jerayawara Penggunaan Banner, Bendera Negara dan Bahan-bahan yang Mempunyai Kepentingan Nasional Kali Keempat, di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, JP.
 
Program jerayawara itu diisikan dengan Sesi Taklimat, disasarkan kepada Pengurus-pengurus Syarikat terpilih, termasuk Pengusaha Kecil di kawasan Gadong.
 
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris, di mana menyentuh mengenai kesalahan-kesalahan terhadap penggunaan dan tatacara betul dalam penggunaan 'banner', pengibaran bendera negara dan bahan-bahan yang mempunyai kepentingan nasional.
 
Lebih 45 peserta yang terdiri daripada Pengurus dan Penyelia daripada 38 buah syarikat perniagaan di kawasan Gadong hadir pada jerayawara tersebut.
 
Jerayawara diteruskan dengan Tayangan Video mengenai Bendera Negara dan Tatacara Menaik-kibarkan Bendera Negara dan diakhiri dengan Sesi Soal Jawab.
 
Juga hadir pada Sesi Soal Jawab pada jerayawara berkenaan, pegawai-pegawai dari Jabatan Adat Istiadat Negara; Jabatan Bandaran; dan Unit Stor dan Perbekalan, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Attachments
Created at 25/11/2019 08:10 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 25/11/2019 08:10 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin