Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Jabatan Penerangan terima lawatan Pelajar SMSH

‚ÄčPeserta lawatan membaca Pelita Brunei.jpeg

Para peserta lawatan melihat naskhah-naskhah Pelita Brunei terdahulu yang dipamerkan di Unit Pelita Brunei.jpeg

Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin
 
BERAKAS, Rabu, 20 November. - Seramai 21 pelajar, Tahun 9 dan 10 dari Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Husain (SMSH), Sengkurong mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, di sini.
 
Rombongan diketuai oleh, Guru SMSH, Dayang Sharida binti Jaafar bersama lima orang guru lain.
 
Lawatan tersebut bertujuan untuk memberikan pengetahuan mengenai peranan, fungsi dan mekanisme Jabatan Penerangan dalam membarigakan maklumat juga mengetahui impak sosial informasi dan media pada masa ini.
 
Terdahulu, rombongan diberikan Taklimat Ringkas di Aras II, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan mengenai peranan dan fungsi jabatan berkenaan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Dayang Nur Zahirah binti Osman. 
 
Rombongan kemudian dibawa melawat ke Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan; Bahagian Pelita Brunei; Unit Fotografi; Pusat Rujukan; dan Bahagian Penerbitan dan Seni Grafik.
 
Salah seorang peserta rombongan, Dayang Nazurah binti Asnan berkata, banyak manfaat yang mereka peroleh sepanjang lawatan berkenaan, antaranya belajar mengenai Sejarah Penubuhan Akhbar Rasmi Kerajaan, Pelita Brunei dan mengetahui secara lebih mendalam mengenai peranan jabatan tersebut dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
 
Sementara itu, Dayang Syahrazad A'idah Al-Ahlam binti Haji Morni menjelaskan, lawatan tersebut mendedahkan mereka mengenai proses penerbitan termasuk akhbar dan poster bagi acara-acara sambutan perayaan di negara ini.
 
"Kami juga dapat mengetahui proses penerbitan yang dijalankan pada ketika dahulu dan masa sekarang juga strategi kerja jabatan ini," katanya kepada Pelita Brunei.
Attachments
Created at 23/11/2019 08:25 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 23/11/2019 08:25 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin