Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Saluran pertukaran maklumat kerajaan dan rakyat

‚Äč2-1.jpg

2-2.jpg

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan hari ini telah mengadakan Program Sua Muka atau lebih dikenali Personal Contact bagi Kampung Sungai Kebun, Kampung Setia 'B', Kampung Bolkiah 'A' dan Kampung Bolkiah 'B', Mukim Sungai Kebun, Daerah Brunei dan Muara bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil. 
 
Rombongan dari Jabatan Penerangan diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mohammad Ede Fadle bin Haji Shamsu.
 
Turut hadir, Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Muhd. Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir.
 
Antara yang hadir pada program tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Sungai Kebun, Ketua Kampung Sungai Kebun dan Kampung Setia 'B', selaku Ketua Kampung Setia 'A', Awang Haji Asli bin Haji Mamut; Pemangku Ketua Kampung Bolkiah 'A' dan Bolkiah 'B', Awang Haji Shamsuddin bin Haji Maidin dan penduduk-penduduk Kampung Setia 'B', Kampung Sungai Kebun, Kampung Bolkiah 'A' dan Kampung Bolkiah 'B'.
 
Program bertujuan untuk membentuk dan menggalakkan kesedaran rakyat dan penduduk untuk melahirkan perubahan sikap ke arah yang positif sejajar dengan kepentingan negara selain menyediakan saluran bagi proses pertukaran maklumat antara kerajaan dan rakyat.
 
Ia juga bagi membarigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim melalui Akhbar Kerajaan Pelita Brunei yang juga menyampaikan maklumat (isu-isu semasa) dan dasar kerajaan, di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkenaan.

 
Antara isu-isu yang dibangkitkan semasa program tersebut ialah isu-isu yang berkaitan dengan penyediaan prasarana, kemudahan, perusahaan, keselamatan, kebajikan awam, masalah sosial dan kebersihan alam sekitar.
 
Beberapa perkongsian maklumat seperti Bahan-bahan Kepentingan Nasional - Bendera Negara Brunei Darussalam; Berita Palsu; Mengamalkan Sikap Bergotong-royong dan Isu Kebersihan; Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan; dan Kenali Negara Kitani (KNK).
 
Kampung Sungai Kebun mempunyai keramaian penduduk seramai 1,608 orang; Kampung Setia 'B' seramai 1,440 orang; Kampung Bolkiah 'A' seramai 1,238 orang; dan Kampung Bolkiah 'B' seramai 1,431 orang.
Attachments
Created at 21/11/2019 09:09 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 21/11/2019 09:09 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin