Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Didik remaja ke arah pembentukan minda, moral positif

‚Äč1.1.JPG

1-2.JPG

Berita dan Foto : Aimi Sani
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 November. - Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) dihasrat untuk mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya mereka peka dengan perkembangan semasa serta menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja. 
 
Sehubungan itu, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program RRP bagi Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) bertempat di Dewan Auditorium Jabatan Penerangan, di sini.
 
Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Muhammad Hisyam bin Idris.
 
Juga hadir ialah Pemangku Timbalan Pengetua Sekolah SMJA, Dayang Norazian binti Abdullah.
 
Terdahulu, majlis dimulakan dengan taklimat 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.
 
Program itu turut diserikan dengan tayangan video klip 'Kibarkan Bendera Negara Dengan Megah' diikuti dengan persembahan tarian tadisional kontemporari dengan tajuk lagu Seantero Dunia oleh penuntut sekolah berkenaan serta persembahan nyanyian solo Jabatan Penerangan.
 
Para hadirin turut dihiburkan dengan lawak jenaka dan kuiz kenegaraan oleh Dayang Hajah Kasumawati binti Haji Buntar dan Haji Mohd Firdaus bin Hj Salleh.
 
Lebih 50 pelajar  serta tenaga pengajar Tahun 10 SMJA mengikuti Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) yang bertujuan untuk memberikan kesedaran sivik dan semangat kenegaraan terutama kepada golongan remaja ke arah pembentukan minda dan moral yang positif.
Attachments
Created at 21/11/2019 09:07 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 21/11/2019 09:07 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin