Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Taklimat Kenegaraan tingkatkan semangat patriotik

‚Äč

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

MUKIM BERAKAS 'B', Sabtu, 5 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang berlangsung di Dewan Salambigar, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.

Taklimat turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Awang Mohammad Danny bin Aimi, tenaga pengajar bersama kira-kira 225 penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan.

Antara tujuan program tersebut ialah sebagai usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara di samping mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara.

Pengisian program termasuklah Taklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya yang antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Program juga diselitkan dengan tayangan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Ke arah meningkatkan kefahaman mengenai perisian program tersebut, para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz berkenaan.


Attachments
Created at 10/01/2019 06:32 AM by Mohammad Armie Hj Untong
Last modified at 10/01/2019 06:32 AM by Mohammad Armie Hj Untong