Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
88 penuntut Tahun 7 SM YSHHB hadiri Program Taklimat Kenegaraan

2019_0801_TK_SMYSHHB.jpg

Siaran Akhbar  : Jabatan Penerangan / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Januari. – Seramai 88 penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) hari ini menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera Dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan.

Program Taklimat Kenegaraan yang diadakan di Dewan Kuliah, SM YSHHB turut dihadiri oleh tenaga pengajar sekolah berkenaan.

Antara tujuan Program Taklimat Kenegaraan adalah sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, di samping untuk mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui lagu kebangsaan dan bendera negara.

Pengisian program termasuklah Taklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.

Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Selain itu para penuntut juga menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Para penuntut turut berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.


Attachments
Created at 08/01/2019 12:45 PM by Mohammad Armie Hj Untong
Last modified at 08/01/2019 12:45 PM by Mohammad Armie Hj Untong