Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Program Sua Muka menjelajah ke Kampung Sukang

‚ÄčSuaMuka_.JPG

Program Sua Muka menjelajah ke Kampung Sukang

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan \ Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 

BELAIT, Isnin, 17 Disember - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait hari ini mengadakan Program Sua Muka atau lebih dikenali Personal Contact bagi Kampung Sukang.

 

Program diadakan di Rumah Besar Sukang, Kampung Sukang, Daerah Belait.

 

Mengetuai rombongan ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad dan disertai oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat dan Cawangan Penerangan Daerah Belait.

 

Turut hadir, Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Awang Haji Mohd. Noh bin Dato Maharaja Setia Dian; Pemangku Ketua Kampung Sukang / Ketua Rumah Panjang Biadong Ulu, Lasit anak Gelawing dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) serta penduduk-penduduk Kampung Sukang termasuk Persatuan Pacuan Empat Roda dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

 

Antara yang dikongsikan pada program tersebut ialah Aplikasi mudah alih Jabatan Penerangan; bahan-bahan Kepentingan Nasional; Penyebaran berita atau maklumat palsu serta Pembarigaan Peralihan Sistem Analog ke Digital dari RTB yang disampaikan oleh Pemangku Jurutera Stesen Pemancaran Andulau RTB, Awang Azmi bin Haji Yaman.

 

Manakala antara isu-isu yang dibangkitkan dari penduduk kampung ialah berkaitan dengan masalah pancaran telekomunikasi telefon bimbit, prasarana jalan raya serta kemudahannya, dan juga hal ehwal kebajikan awam seperti penyediaan klinik kesihatan dan penaiktarafan kemudahan awam.

 

Kampung Sukang memiliki 463 penduduk dan antara produk-produk yang dihasilkan di kampung tersebut ialah anyaman dan kraf tangan.

 

Tujuan Program Sua Muka adalah untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan.

 

Ia juga merupakan platform bagi mendapatkan isu-isu, pendapat dan cadangan yang perlu diambil perhatian serta tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan.

 

Dalam masa yang sama untuk membarigakan dan mempromosikan perkembangan dan kemajuan mukim dan kampung, terutamanya tempat dan produk untuk diperkenalkan kepada orang ramai, dalam dan luar negara melalui penulisan rencana Kenali Negara Kitani (KNK) untuk disiarkan di Pelita Brunei.

 


Attachments
Created at 18/12/2018 04:22 PM by Mohammad Armie Hj Untong
Last modified at 18/12/2018 04:22 PM by Mohammad Armie Hj Untong